Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Asean Sustainable Urbanisation Forum (ASUF), Asean Governors And Mayors Forum (AGMF), Meetings Of Governors And Mayors Of Asean Capitals (MGMAC) 2025

Majlis Perbandaran Kajang telah terlibat sama di Asean Sustainable Urbanisation Forum (ASUF), Asean Governors And Mayors Forum (AGMF), Meetings Of Governors And Mayors Of Asean Capitals (MGMAC) 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan diiringi oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Dato' Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir bersama-sama ahli majlis dan ketua-ketua jabatan MPKj. Turut hadir para Datuk Bandar dan Yang Dipertua, pegawai kanan kerajaan serta kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor yang membuat pameran dalam program yang berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2025.

Penganjuran forum bertemakan "ASEAN Future Cities and Regions: Inclusivity and Sustainability" ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh hubungan diplomatik, berkongsi amalan terbaik dan membina kerjasama antara bandar-bandar di rantau ASEAN demi pembangunan mampan serta kesejahteraan komuniti serantau.

 

 

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang