Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Bengkel Gerak Kerja Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2026-2030

MPKj melalui Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menyertai Bengkel Gerak Kerja Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2026-2030 yang telah diadakan selama 3 hari bermula 11-13 Ogos 2025 Bersama 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor di Movenpick Hotel dan Convention Centre KLIA Sepang.

Bengkel ini merupakan inisiatif awal dalam pelaksanaan gerak Kerja Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2026-2030, yang memfokuskan kepada fasa analisis merangkumi analisis pencapaian PSP 2021-2025, menilai persekitaran semasa dan jangkaan pengurusan, menilai persekitaran dan hala tuju ICT semasa dan mengenalpasti jurang ICT.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya menyelesaikan Bengkel Fasa Analisa yang melibatkan penilaian perkhidmatan ICT iaitu aplikasi ICT, peralatan ICT, rangkaian ICT, dan tadbir urus ICT.

Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Perbandaran Kajang