12 Jun 2025 – Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah dijemput oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer, dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, untuk menyampaikan taklimat berkaitan aliran kerja Sistem OSC 3.0 Plus Online dalam proses perancangan pembangunan di Bengkel Kajian dan Penetapan Keperluan Pembangunan Sistem E-Planning Negeri Sabah yang bertempat di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh TPr. Gs. Egna Francis Gitom A.I.S , Pengarah OSC MPKj, yang merangkumi perkongsian tentang:
- Proses dan prosedur permohonan cadangan pemajuan di OSC MPKj
- Pengurusan dan kefahaman menyeluruh terhadap aliran kerja sistem OSC 3.0 Plus Online
- Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam sistem OSC 3.0 Plus
Perkongsian ini adalah untuk membantu Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah dalam menambahbaik pembangunan Sistem E-Planning yang lebih sistematik dan berkesan bagi pelaksanaan serta pemakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sabah.