Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Bengkel Kefahaman Dan Perbincangan Kumpulan Sasar (Focus Group Discussion) Penyediaan Laporan Voluntary Local Review (VLR) Dan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan SDG City Roadmaps

Bengkel Kefahaman dan Perbincangan Kumpulan Sasar Penyediaan Voluntary Local Review (VLR) dan Laporan Hala Tuju Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan SDG City Roadmaps MPKj telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 6 Mac 2025 yang diadakan di Hotel Bangi Resort, Bandar Baru Bangi.

Turut hadir Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-ahli Majlis MPKj, para pengarah, wakil-wakil agensi kerajaan peringkat daerah dan negeri serta NGO di kawasan pentadbiran MPKj.

Bengkel ini diadakan bagi membina kapasiti dan kefahaman tentang kemampaman bandar di peringkat tempatan untuk tujuan penyediaan laporan VLR dan laporan pencapaian matlamat pembangunan mampan.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang