Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Bengkel Penyediaan Laporan Brief Projek Bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) pada 19 Jun 2025 (Khamis) di Bilik Seminar Tingkat 2, Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang kepada sekolah-sekolah yang terpilih di dalam kawasan pentadbiran MPKj bagi penyertaan program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) tahun 2025. Sebanyak tiga (3) buah sekolah yang telah terpilih pada tahun ini iaitu SK Jalan Empat, SK Jalan Enam dan SK Bandar Rinching yang telah dipilih berdasarkan prestasi penyertaan sekolah-sekolah dalam Anugerah Sekolah Hijau yang dianjurkan oleh pihak Majlis.
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk:
- Menyampaikan maklumat mengenai penganjuran dan pengenalan pelaksanaan Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) tahun 2025
- Membentangkan maklumat pertandingan seperti tarikh tutup, hadiah yang ditawarkan dan syarat-syarat am lain yang berkaitan
- Membentangkan kriteria pemarkahan secara terperinci bagi tujuan penyediaan laporan yang lebih lengkap.
Bengkel bermula pada 9.30 pagi dan berakhir pada 5 petang. Diharap dengan bengkel ini dapat meningkatkan pemahaman peserta dalam program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) dan mendukung dasar Kerajaan dan Majlis dalam usaha pengurangan karbon menjelang tahun 2030.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang