Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Earth Hour MPKj 2025

Lampu Menara MPKj dan kawasan sekitar telah dipadamkan tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sempena Program Earth Hour 2025 pada 22 Mac 2025. Tindakan memadamkan lampu ini merupakan langkah simbolik untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang disambut seluruh dunia. Kita bergelap kerana kita peduli. Program ini juga merupakan usaha dalam pembangunan matlamat pembangunan mampan (SDG) bagi inisiatif SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan Berkenaan Iklim) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat).

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang