TARIKH : 6/2/2024 (Khamis)
WAKTU : 9.00 AM - 10.30 AM
LOKASI : Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 1, Tingkat 7a Menara MPKj
KAEDAH MESYUARAT: Secara Bersemuka Dan Secara Dalam Talian
ULASAN/LAPORAN:
- Mesyuarat Dipengerusi oleh Tuan Nazli Bin Md Taib (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang)
- Taklimat oleh Sr Mohamad Andrei Tan Bin Bibit (Pengarah JPN, MPKj)
- Kehadiran Ahli Majlis:
- Encik Tan Tee Guan
- Puan Lim Kim Eng
- Encik Chandran A/L Ramasamy
- Encik Edwin Tang Wei Yong
- Kehadiran ahli mesyuarat adalah seramai 25 orang termasuk urusetia serta wakil jabatan dalaman.
- Kehadiran pembantah secara bersemuka adalah seramai 9 orang dan secara dalam talian seramai 61 orang.
-
Terdapat 16 orang pembantah yang bersuara secara besemuka dan dalam talian mewakili 14 kawasan. Antara isu yang dikemukakan adalah:
- Memohon menyemak semua nilaian kerana terdapat nilaian yang tinggi.
- Kali pertama dikenakan cukai taksiran dan terasa membebankan.
- Bebanan bagi skim strata kerana membayar yuran penyelenggaraan dan juga cukai taksiran.
- Mesyuarat selesai sektiar jam 10.30 pagi.
-
Secara keseluruhannya, alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan tenang, lancar dan terkawal. Terima kasih juga kepada semua wakil jabatan yg hadir.
Jabatan Penilaian
Majlis Perbandaran Kajang