Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Lawat Periksa Kerosakan Kuartes Milik MPKj

Tarikh: 13 September 2025

Masa: 9.00 Pagi - 12.30 Tengah hari

Tempat: Pangsapuri Idaman Abadi, Bandar Teknologi Kajang

Pihak Jabatan Pengurusan Harta telah menjalankan lawatperiksa bersama Unit Pengurusan Projek bagi mengenalpasti kerosakan dan kebocoran unit kuartes milik MPKj.

Jumlah keseluruhan kuartes milik MPKj sebanyak 60 unit dan terbahagi kepada beberapa pecahan, Rumah Tamu, Rumah Bujang, Rumah Pegawai, Rumah Federal, Rumah Pegawai B dan Rumah Kaktitangan.

Turut hadir bersama wakil dari Unit Pengurusan Projek bagi kelancaran lawat periksa.

 

 

Jabatan Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Kajang