Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Majlis Perasmian Padang Sintetik Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah hadir seterusnya merasmikan Padang Sintetik Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sambil diiringi oleh Timbalan Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis, para pengarah dan pegawai serta kakitangan MPKj pada 12 November 2025 (Rabu).

Majlis ini juga turut diadakan perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Yang Dipertua dan pasukan pilihan Jabatan Landskap dan Rekreasi MPKj bersempena dengan pembukaan padang tersebut.

Keistimewaan padang sintetik ini ialah ia telah mendapat pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 30 Oktober 2025 dan dijadualkan dibuka kepada orang awam untuk tempahan bermula bulan Januari 2026.

Semoga kemudahan padang sintetik ini dapat memberi banyak manfaat dan keseronokan kepada penduduk untuk bersukan seterusnya menjadi arena mencungkil bakat-bakat baharu atlet bola sepak negara.

Jabatan Landskap dan Rekreasi
Majlis Perbandaran Kajang