Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Selangor 2035 (Pengubahan 2) telah diadakan pada 24 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Lobi Menara MPKj dan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Majlis turut dihadiri oleh YDH Dato' Haji Rosli bin Othman, Orang Besar Daerah Hulu Langat, YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Encik Mokhzani bin Mohamed, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Ahli-ahli Majlis MPKj, para pengarah dan ketua agensi atau jabatan serta wakil penduduk, persatuan industri dan peniaga.
Program publisiti dan penyertaan awam ini diadakan sebagai satu kaedah hebahan tentang draf RT MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2) seterusnya penglibatan penduduk melalui pandangan, cadangan dan bantahan daripada orang ramai terhadap draf tersebut bermula 24 Jun 2025 hingga 23 Julai 2025.
Orang ramai boleh membuat semakan dan memberi pandangan, cadangan dan bantahan tentang draf tersebut bertempat di Lobi Menara MPKj (aras 1) dan Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj (aras 3) atau Kaunter Lobi Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat secara bertulis di lokasi pameran atau melalui pautan https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1tDR5GD02ctslcHq9CFpDmywRZfxii8g
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang