Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Operasi Bersepadu Bersama Jabatan Dalaman MPKj dan Ahli Majlis di Bandar Sungai Long

10 April 2025 / Khamis, Sebanyak 2 premis telah diarahkan untuk ditutup di bawah Undang-undang Kecil 62, Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPKj) 2007. Penutupan ini dilakukan berikutan tahap kebersihan premis yang tidak memuaskan serta memperoleh markah pemeriksaan kebersihan kurang daripada 50%. Sebanyak tiga (3) tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MPKj 2007 seperti berikut:

  • Dua (2) kompaun di bawah UUK 19(1)(d):

Kesalahan: Membuang cecair kotor ke dalam longkang di belakang premis.

  • Satu (1) kompaun di bawah UUK 24(2)(a):

Kesalahan: Pemegang lesen gagal memastikan lantai premis diselenggara dengan baik, menyebabkan permukaan menjadi licin dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan tahap keselamatan makanan dan kebersihan premis makanan sentiasa dipantau dan dikawal dengan berkesan. Tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan bertujuan melindungi kesihatan awam di kawasan pentadbiran MPKj.

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Kajang