Pada 9 dan 10 April 2025, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPK) telah menggerakkan pegawai serta pasukan bantuan bersama jentera ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi pembersihan susulan insiden letupan gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya. Operasi pembersihan ini telah dilaksanakan selama dua (2) hari dan secara tidak langsung telah membantu meringankan beban kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas. Penglibatan JPK dalam operasi ini mencerminkan komitmen jabatan dalam memberikan sokongan serta respons segera terhadap situasi kecemasan demi memastikan kesejahteraan komuniti setempat.
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Kajang