Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj telah mengadakan pameran Matlamat Pembangunan Mampan atau 'Sustainable Development Goals' (SDGs) pada 9 Jun sehingga 13 Jun 2025 (Isnin - Jumaat) bertempat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Kajang.
Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pembangunan mampan meliputi aspek keseimbangan dan kemaslahatan manusia dan bumi. Penduduk, wakil pemaju dan staf Majlis Perbandaran Kajang telah berkunjung ke pameran tersebut dan menerima penerangan berkaitan SDGs.
Turut dilaksanakan soal selidik dalam talian berkaitan kajian kebahagiaan dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merupakan indikator Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar - Luar Bandar Malaysia atau 'Malaysian Urban - Rural National Indicators Network for Sustainable Development' (MURNInets). Cenderamata kepada pengunjung bertuah juga diberikan dan merupakan barangan berkait dengan program mampan dan aktiviti MPKj.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang