Pengauditan dijalankan adalah untuk mengetahui keadaan dan prestasi aset. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan setiap aset berada di lokasi dan dalam keadaan baik sama seperti yang tercatat dalam daftar. Auditee yang terlibat adalah Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Landskap, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Unit Pusat Setempat, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, dan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan. Audit dilaksanakan di Menara MPKj dan Metro Avenue.
Unit Audit Dalam
Majlis Perbandaran Kajang