Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Perbincangan Kumpulan Sasar (focus group discussion, FGD) Laporan Draf Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang dan dihadiri oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selaku menyampaikan ucapan perasmian penutup pada 21 Ogos 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) anjuran MPKj dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Tengah dan PLANMalaysia Selangor.
Program ini bertujuan mendapatkan idea dan maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi merangka pembangunan Pusat Bandar Kajang meliputi pelbagai aspek supaya dapat memenuhi keperluan komuniti tempatan dan pemegang taruh serta mengikut konsep perancangan bandar yang mampan, pintar, berdaya huni dan inklusif.
Sesi pembentangan draf disampaikan oleh TPr. Juwairiyah Ho, Ketua Perunding Iktisas Planners Sdn. Bhd., dan diteruskan dengan sesi perbincangan kumpulan bersama-sama Ahli-ahli Majlis, para pengawai, wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta persatuan peniaga. Hasil perbincangan ini membantu di dalam penyediaan cadangan dan perancangan yang terbaik bagi memacu transformasi Bandar Kajang yang lebih mampan dan sejahtera.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang