Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Program Integriti Majlis Perbandaran Kajang Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2026: "Ceramah Kesejahteraan Emosi: Memperkasa Modal Insan Ke Arah Organisasi Cemerlang"

📅 Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)

📍 Tempat: Teater Mini Cempaka, Tingkat 6, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

👥 Penyertaan: 140 orang pegawai dan kakitangan MPKj

🙎🏻‍♂️ Penceramah: Prof. Madya Dr. Jamiah Manap, Ketua Program Siswazah, Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

🎯 Objektif Program:

  • Meningkatkan kesedaran pegawai dan kakitangan mengenai kepentingan kesejahteraan emosi dalam membentuk persekitaran kerja yang sihat, harmoni dan produktif.
  • Memberi pendedahan mengenai kaedah mengurus emosi, tekanan dan cabaran di tempat kerja secara positif, matang dan profesional.
  • Membudayakan komunikasi yang positif, empati dan saling menghormati dalam kalangan warga kerja bagi mewujudkan hubungan kerja yang lebih harmoni dan kondusif.

Unit Integriti dan Transparensi
Majlis Perbandaran Kajang