Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang telah mengadakan Program Jom Kunci Motosikal pada 22 Ogos 2025 (Jumaat) di Stesen MRT Stadium Kajang. Pihak Majlis telah mengedarkan kunci mangga dan risalah keselamatan secara percuma kepada penunggang motosikal bagi meningkatkan kesedaran dan kepekaan orang ramai tentang peri pentingnya menjaga harta benda sebagai langkah pencegahan jenayah curi motosikal.
Encik Zahari Shukri bin Zainal, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKj, Inspektor Zuraidah binti Abdullah, IPD Kajang, Puan Nurshazwani binti Mohamad Osman, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj serta para pegawai hadir dan turut menyerahkan bendera Jalur Gemilang sempena menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ke-68 bagi tahun 2025.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang