Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Program Local Agenda 21: Kursus Pertanian Moden (1 Rumah 1 Pokok) DUN Dusun Tua Tahun 2025

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan perogram Kursus Pertanian Moden (1 Rumah 1 Pokok) DUN Dusun Tua Tahun 2025 pada 26 April 2025 (Sabtu) jam 8.30 pagi  sehingga 1.00 petang di Kompleks Penghulu Hulu Langat, Batu 14 Hulu Langat

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada persatuan penduduk di sekitar DUN Dusun Tua.

Antara objektif bagi program ini adalah menggalakkan individu dan komuniti setempat dalam mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bercucuk tanam, menjana pendapatan sampingan melalui hasil tanaman kebun komuniti selaras dengan agenda memperkasakan keterjaminan makanan, mempelajari inovasi melalui kaedah penanaman hidroponik yang dapat diaplikasikan di kawasan perumahan bertingkat dan menjadikan kawasan kejiranan MPKj lebih hijau, berdaya huni dan mampan.

Hasilnya daripada program ini, peserta beroleh pengetahuan teori dan praktikal kaedah penanaman hidroponik, dibekalkan dengan satu set hidroponik untuk kegunaan sendiri, mempraktiskan aktiviti bercucuk tanam secara hidroponik di rumah dan boleh menyumbang kepada sosio ekonomi isi rumah dan komuniti.

Semoga kursus ini dapat memberi sumbangan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi inisiatif SDG-9 industri, inovasi dan infrastruktur; SDG-11 bandar dan komuniti mampan; SDG-13 tindakan berkenaan iklim; dan SDG-17 kerjasama demi mencapai matlamat.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang