Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan kursus menjahit beg menggunakan pakaian terpakai dengan kerjasama tenaga pengajar daripada Pusat Latihan Kraftangan Epal Bangi pada 22 Mac 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Program bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta terutamanya golongan wanita, ibu tunggal dan B40 mengenai teknik dan kemahiran asas menjahit beg menggunakan pakaian terpakai. Program ini disertai oleh 30 orang peserta dari kawasan DUN Sungai Ramal.
Program ini juga dapat meningkatkan tahap sosial ekonomi penduduk setempat dan mengurangkan masalah lambakan sisa fabrik atau tekstil di pusat pembuangan sampah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 5 - Kesaksamaan Gender, SDG 8 - Pembangunan Ekonomi dan SDG 13 - Tindakan Berkenaan Iklim. Ia juga diadakan bersempena Waktu Bumi (Earth Hour) yang diadakan pada 22 Mac 2025 pukul 8.30 malam.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang