Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti Dan Anti Rasuah (MPGIA) Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2026: "Hormat Dan Profesionalisme Dalam Persekitaran Kerja"

📅 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)

📍  Tempat: Teater Mini Cempaka Telur Tingkat 6, Menara MPKj

👥 Penyertaan: Penyertaan: 150 orang pegawai dan kakitangan MPKj

🙎🏻‍♂️ Penceramah: Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti, Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

🎯 Objektif Program:

  • Memperkukuhkan budaya governans, integriti dan profesionalisme dalam kalangan warga MPKj ;
  • Memberi pendedahan mengenai tatakelakuan penjawat awam dan etika kerja ;
  • Meningkatkan kesedaran berkaitan gangguan seksual di tempat kerja serta langkah pencegahannya ;
  • Berkongsi pengajaran daripada kes-kes sebenar bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan ; dan
  • Menjelaskan saluran aduan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku salah laku.

📌 Penutup:

Program diakhiri dengan sesi kuiz interaktif bagi menguji kefahaman peserta serta mengukuhkan pemahaman terhadap pengisian yang telah disampaikan

 

Unit Integriti dan Transparensi
Majlis Perbandaran Kajang