25 April 2025 / Jumaat, telah berlangsung satu Program Pelancaran Produk Inovasi dan Kelestarian, MPKj yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MPKj, Tuan Nazli Bin Md Taib, SMS bertempat di perkarangan lobi dan dihadiri oleh Ahli Majlis MPKj dan Pengarah Jabatan. Dua (2) produk yang dilancarkan adalah C-BOX v.1 iaitu sebuah tong sampah yang diinovasikan menjadi lebih ceria dan mudah digunakan. Manakala produk kedua iaitu BIMOBET v.2 alat yang digunakan untuk memerangkap dan membunuh nyamuk Aedes.
Sebanyak 100 unit BIMOBET telah diedarkan kepada setiap Ahli Majlis untuk diedarkan dan digunakan di kawasan lokaliti berwabak dalam zon masing-masing. Usaha ini adalah sebagai inisiatif dalam mengurangkan kes demam denggi di kawasan pentadbiran MPKj.
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Kajang