Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Program Pendidikan Kesihatan Persekitaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) West Country (Timur), Kajang

27 Feb 2025 - Satu Program Pendidikan Kesihatan Persekitaran telah diadakan pada 27 Februari 2025 (Khamis) di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) West Country (Timur), Kajang. Program ini diadakan sebagai kempen pendidikan awal oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPK) dalam usaha membendung masalah penularan wabak demam denggi dan pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Siti Aminah Binti Ali, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan. Selain ceramah, JPK juga telah membuka booth pameran Denggi dan Kitar Semula sebagai pendedahan kepada murid dan guru di sekolah.

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Kajang