Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Program Perbincangan Kumpulan Sasar Laporan Draf Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kajang

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Perbincangan Kumpulan Sasar (focus group discussion) Laporan Draf Awal Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pusat Bandar Kajang pada 4 Jun 2025 bertempat di Hotel Bangi Resort, Bandar Baru Bangi anjuran MPKj dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Tengah dan PLANMalaysia Selangor yang telah dihadiri sama oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Program ini bertujuan mendapatkan idea dan maklumat daripada pihak berkepentingan dalam membentuk pembangunan Pusat Bandar Kajang meliputi pelbagai aspek supaya dapat memenuhi keperluan komuniti tempatan dan pemegang taruh serta mengikut konsep perancangan bandar yang mampan, pintar, berdaya huni dan inklusif.

Usai pembentangan kajian oleh TPr. Juwairiyah Ho, Ketua Perunding Iktisas Planners Sdn. Bhd., dilaksanakan perbincangan kumpulan yang disertai YB Tuan Cheong Kian Young, ADN Kajang bersama-sama ahli-ahli majlis, para pengarah, wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta persatuan peniaga.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang