Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Urbanice telah mengadakan Sesi Libat Urus dan Perbincangan Kumpulan Sasar (focus group discussion) Kali ke dua bagi Penyediaan Laporan Voluntary Review (VLR) & Laporan Hala Tuju Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan SDGs City Road Map yang dihadiri dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 28 Ogos 2025 bertempat di Hotel Tanera, Bandar Baru Bangi.
Program ini bertujuan mendapatkan idea dan maklumat daripada pihak berkepentingan dalam pelaksanaan SDGs di peringkat tempatan,menilai kemajuan, dan menyusun laporan yang menterjemahkan pencapaian, cabaran dan keutamaan dalam masa depan mengikut konsep perancangan bandar yang mampan, pintar, berdaya huni dan inklusif.
Usai pembentangan Kajian Awal Penyediaan Laporan Voluntary Review (VLR) & Laporan Hala Tuju Pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan SDGs City Road Map oleh Dr Aznizam Bin Abdul Rashid Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia dilaksanakan perbincangan kumpulan yang disertai Ahli-ahli Majlis, Pengarah, jabatan dalaman MPKj, wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang