Majlis Perbandaran Kajang telah menerima kunjungan daripada MGTC bagi sesi audit pelaporan karbon bagi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) pada 18 Ogos 2025 (Isnin) di Belakang Mini Teater & Roof 6, Tingkat 6, Menara MPKj. Penilaian audit ini melibatkan 1 projek daripada Majlis Perbandaran Kajang iaitu Zon Rendah Karbon Pusat Bandar Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan dua projek daripada Rakan Kongsi Rendah Karbon iaitu SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dan SK Bandar Rinching, Semenyih bagi penilaian tahun 2025 (pelaksanaan rendah karbon tahun 2024).
Sesi penilaian ini telah diketuai oleh Puan Norfarhana Mohd Yusoff selaku urus setia Program LCC2030C daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation dan dibantu oleh Puan Wan Nur Azwani selaku pembantu penilai (auditor). Turut terlibat bersama dalam sesi penilaian ini adalah wakil pemilik projek iaitu guru penyelaras daripada SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dan SK Bandar Rinching, Semenyih.
Penilaian bermula pada 9.30 pagi dan berakhir pada 4.15 petang. Penyertaan Majlis dan Rakan Stategik Rendah Karbon dalam program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) ini dapat mendukung dasar Kerajaan dan Majlis dalam usaha pengurangan karbon menjelang tahun 2030.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang