Kajang Municipal Council (MPKj) Official Portal

Taklimat Proses Dan Prosedur Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO) Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Pada 22 Mei 2026

Taklimat khas ini telah diberikan oleh En Muhammad Izhan bin Yazin, Timbalan Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Negeri Selangor pada 22 Mei 2026 ( bertempat di Teater Mini Cempaka, Tingkat 6 Majlis Perbandaran Kajang Ianya melibatkan sebanyak 65 peserta dari Agensi Teknikal Dalaman MPKj ( JPP, JKB, JPK, JLR, JPH, JUU, JPL, JPN, COB, UPF dan OSC) dan Agensi Teknikal Luaran ( JBPM, JAS, JKR, JPS, TNB, IWK, AIS, JMG, SKMM, LLM, LUAS, PLANMalaysia@Selangor & LPHS)

Objektif taklimat

  • Memahami proses dan prosedur di peringkat CGSO bagi permohonan kebenaran merancang yang diterima.
  • Memahami Pelaksanaan Arahan Keselamatan Berhubung Pembinaan Infrastruktur Dan Bangunan Berhampiran Sasaran Penting (SP), Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) di peringkat CGSO.
  • Satu platform untuk perkongsian ilmu dan pengalaman dari pakar dari CGSO secara langsung, menggalakkan komunikasi dua hala dan kerjasama yang lebih erat untuk mempercepatkan proses permohonan kebenaran merancang di Majlis Perbandaran Kajang.

Unit Pusat Setempat (OSC)
Majlis Perbandaran Kajang