MENU
 
28 Januari 2022- Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari hari ini meluangkan masa di Majlis Pecah Tanah Pusat Asrama Pekerja Asing (PAPA) yang diadakan bertempat di Kawasan Perindustrian, Kampung Baru Balakong.
Penubuhan Pusat Asrama Pekerja Asing (PAPA) ini adalah bertujuan untuk menempatkan pekerja asing di kawasan perindustrian ini secara terancang, sistematik serta menyediakan persekitaran yang kondusif, berkualiti dan selamat untuk jangka masa panjang.
 
Majlis Perbandaran Kajang merakamkan ucapan sekalung tahniah dan terima kasih kepada persatuan pemilik-pemilik tanah dan pengusaha kilang di Kawasan Perindustrian, Kampung Baru Balakong yang telah bekerjasama membangunkan Projek PAPA ini bersama Y5 Development Sdn. Bhd.
 
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, YBhg. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Berhormat, Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Pang Yoon Shin, Presiden Persatuan Pemilik Tanah dan Pengusaha Kilang Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong serta wakil-wakil agensi yang terlibat.