MENU

 

21 Januari 2022, Jumaat bertempat di Dewan Seri Cempaka MPKj Saujana Impian Kajang Majlis Perbandaran Kajang mengambil inisiatif kebajikan menganjurkan Program Majikan Prihatin Dan Bantuan Pasca Banjir dengan memperuntukan sebanyak RM43,200.00 meliputi 9 Zon MPP MPKj  iaitu Zon 1,2,4,8,10,12,18,21 dan 23. Voucher perbelanjaan bantuan isi rumah akan diserahkan melalui Ahli Majlis MPKj dan akan diberikan kepada penduduk-penduduk dalam kawasan pentadbiran MPKj yang mana rumah mereka telah terjejas  bencana banjir pada 19 Disember 2021 lepas. Manakala seramai 63 kakitangan MPKj turut terjejas harta benda seperti rumah dan kereta rosak akibat bencana banjir.

Yang Dipertua MPKj, YBhg. Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain menjalankan tanggungjawab   majikan prihatin dengan menyampaikan sumbangan ihsan dengan bantuan tunai RM1,000.00 setiap seorang bagi meringankan kos baik pulih rumah, perabot, peralatan elektrik dan sebagainya.

Program turut dihadiri oleh YDH Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Tuan Abdul Jalil bin Dato’ Ungku Rani yang juga adalah Ahli Majlis MPKj Zon MPP 1, YBrs. Encik Kamaruzaman bin Salimin, Pemangku Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-Ahli Majlis MPKj serta Pengarah Jabatan.

Semoga sumbangan dan bantuan ini dapat membantu kepada keluarga penduduk serta kakitangan Majlis dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan.