MENU

SOALAN 13

Apakah kesan terhadap MPKj dan Pembayar Cukai jika Penilaian Semula Cukai Taksiran ini tidak dapat dilaksanakan?

Kesan terhadap MPKj

  • MPKj akan menanggung kos kerugian yang telah dijalankan bagi menjayakan Penilaian Semula ini.
  • MPKj akan menanggung kos perbelanjaan perkhidmatan perbandaran dengan pasaran terkini akan tetapi pendapatan melalui cukai taksiran rendah disebabkan masih menggunakan Aras Nilai 1985.
  • Sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada perkhidmatan yang akan diberikan.
  • MPKj akan memfokuskan perbelanjaan perkhidmatan perbandaran yang lebih kritikal terlebih dahulu seperti kutipan sampah.
  • MPKj perlu bekerja keras lagi untuk mencari alternatif pendapatan lain dengan sumber kakitangan yang minimum untuk menanggung kos perbelanjaan perkhidmatan perbandaran.
  • Sekiranya sampai di suatu tahap, MPKj mungkin tidak mampu lagi menampung kos perbelanjaan perkhidmatan perbandaran.
  • MPKj akan berhadapan cukai yang tidak seragam dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersempadanan.
  • Pendapatan hasil cukai taksiran yang rendah memberikan kesan kepada MPKj ke arah Bandaraya.

 

Kesan terhadap Pembayar Cukai

  • Pembayar cukai akan kekal menikmati Cukai Taksiran menggunakan Aras Nilai yang lama yang berusia 38 tahun (1985).
  • Pembayar cukai mungkin akan terkesan dengan perkhidmatan perbandaran yang disediakan kerana pihak MPKj akan memgfokuskan perbelanjaan perkhidmatan perbandaran yang lebih kritikal terlebih dahulu.
  • Perkhidmatan Perbandaran yang disediakan oleh MPKj mungkin tidak menepati standard minimum yang ditetapkan.

 

SOALAN 14

Bagaimanakah kutipan hasil Cukai Taksiran dibelanjakan oleh MPKj?

Hasil cukai yang dikutip akan dikembalikan kepada orang awam dalam bentuk perkhidmatan seperti berikut:

  • Kutipan sampah;
  • Pembersihan longkang dan saliran;
  • Penyeliaan lampu jalan terutama di taman perumahan;
  • Pembinaan parit;
  • Pembinaan pasar awam, gerai, kompleks sukan, stadium, kawasan rekreasi & sebagainya;
  • Pengurusan jalan/lalulintas;
  • Menyediakan kawalan perkhidmatan dan kesihatan perbandaran;
  • Penyelenggaraan landskap dan pengindahan bandar;
  • Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam;
  • Mengawal kacau ganggu dan hidupan liar;
  • Mengawal aktiviti perniagaan;
  • Penguatkuasaan perundangan perbandaran;
  • Membangun sosial ekonomi bandar;
  • Lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan MPKj.

 

SOALAN 15

Kenapa Cukai Taksiran yang dikenakan ke atas saya lebih tinggi daripada kawan/jiran saya?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan jumlah cukai yang dibayar.

  • Jenis rumah yang berlainan;
  • Keluasan bangunan yang berbeza;
  • Lokasi yang tidak sama;
  • Kegunaan bangunan yang berbeza.