
Ketua Pegawai Digital (CDO)
Tuan Mohd Fareez Bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta A.M.S
Timbalan Yang Dipertua/ Setiausaha
Pengurusan Tertinggi
Peranan dan Tanggungjawab CDO
- Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian / agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital
- Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pedekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
- Menstranformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
- Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
- Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian / Negeri / Agensi dengan:
- Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
- Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia;
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitilan agensi & menyelaras penggunaan dasar, atandard dan amalan terbaik global.
- Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui sekreteriat kluster kerajaan.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
Zalinda Binti Zainudin P.P.T
Ketua Pegawai Maklumat
Jabatan Khidmat Pengurusan
Peranan dan Tanggungjawab CIO
- Secara teratur merekodkan semua maklumat di dalam kawalan pihak jabatan dan menjaga rekod tersebut dan untuk mempertingkatkan dan melaksanakan amalan terbaik berkaitan dengan penjagaan penyimpanan dan pelupusan maklumat di dalam jabatan dan pendedahan maklumat kepada orang awam
- Mengadakan latihan kepada jabatan berkenaan dengan penjagaan, penyimpanan, pengurusan dan memenuhi permohonan maklumat
- Berkhidmat sebagai perantara bagi jabatan dalam menerima permohonan dan membantu individu untuk mendapatkan maklumat untuk membuat permohonan dan apabila perlu, untuk mengarahkan individu kepada jabatan lain yang mungkin mempunyai maklumat yang diminta
- Memproses dan mematuhi permintaan untuk maklumat kecuali ia dikecualikan tanpa pengecualian dan untuk kembali kepada pemohon dalam masa yang ditetapkan
- Mengadakan sistem pengesan bagi mengawal selia pemprosesan setiap permohonan untuk maklumat dan membolehkan setiap pemohon untuk bertanya tentang perkembangan permohonannya
- Segala apa yang perlu untuk memudah cara perjalanan maklumat di antara agensi atau entiti dan pemohon yang memohonnya
- Menjaga maklumat di bawah kawalannya selaras dengan arahan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
Maliani Binti Man
Ketua Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Teknologi Maklumat
Peranan dan Tanggungjawab ICTSO
- Menentukan keperluan ICT di MPKj;
- Mengurus keseluruhan Dasar Keselamatan ICT MPKj;
- Menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT MPKj;
- Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan Dasar Keselamatan ICT;
- Menjalankan pengurusan risiko;
- Menyelia dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT;
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MPKj;
- Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan MPKj berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
- Memberi amaran terhadap sebarang ancaman berbahaya seperti serangan virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah- langkah keselamatan; dan
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah- langkah baik pulih dengan kadar segera.