Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Persatuan dan Kelab

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang telah ditubuhkan di bawah Akta Penubuhan 1966 dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dengan nombor rujukan : PPM/SEL: 651/81 dan PPP/SEL:83/1.

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang yang lebih dikenali sebagai KSK MPKj merupakan sebuah persatuan yang telah ditubuhkan khusus untuk menjaga kepentingan dan kebajikan Ahli terutama dalam bidang sukan, sosial dan rekreasi di samping menyediakan bantuan kepada ahli-ahli yang bermasalah dari segi kewangan.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) melalui kelab-kelab di bawah naungan KSK dan telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang berkebolehan dalam pelbagai bidang seperti sukan dan sebagainya. Kelab-Kelab di bawah naungan KSK adalah seperti yang dilampirkan. Selain daripada itu, ia juga dapat merapatkan silaturrahim di antara ahli-ahli apabila sesuatu aktiviti dijalankan.

Kelab ini juga menjaga kebajikan ahli dengan memberikan pinjaman dari segi kewangan kepada ahli yang bermasalah. Di samping itu, kelab juga menyediakan sumbangan kewangan kepada ahli dan keluarga yang berjaya dalam bidang pendidikan, khairat kematian, ahli yang bersara dan sebagainya.Kelab-kelab di bawah naungan KSK juga telah menjalankan aktiviti yang melibatkan ahli-ahli Kelab. Di samping menjalankan aktiviti untuk ahli – ahli Kelab, pihak Kelab juga memberi kerjasama dengan terlibat dalam program-program mesra rakyat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang yang dianjurkan oleh pihak Majlis. Selain daripada itu, pihak Kelab juga terlibat dalam menjayakan sambutan hari perayaan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang bagi tahun 2017-2019 telah dilantik secara rasminya semasa Mesyuarat Agung 2017-2019 yang telah diadakan pada 5 Mei 2017 yang lalu. Perlantikan tersebut adalah merangkumi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli Jawatankuasa dan 2 Orang Pemeriksa Kira- Kira. Manakala jawatan Setiausaha, Bendahari dan 3 orang Ahli Jawatankuasa lain telah dilantik oleh Pengerusi.

Senarai AJK sesi 2017-2019 adalah seperti di bawah. Perancangan dan pengurusan aktiviti Kelab adalah mengikut biro yang dibentuk seperti berikut :

PENGERUSI : Haji. Muhammad Ruzaini Bin Ramli
PENGERUSI : Haji. Muhammad Ruzaini Bin Ramli
SETIAUSAHA -
BENDAHARI : En. Mohd Norhafiz Bin Mazlan
BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN
  1. En. Kamarul Izlan Bin Sulaiman
  2. En. Muhidin Bin Mahmud @ Mahmuddin
  3. En. Riduan Bin Hijad Ali
  4. En. Mayalagan A/l Muniandy
BIRO SUKAN
  1.  En. Shahrul Nizam Bin Hussian
  2. En. Muhammad Raymi Bin Roslan
  3. En. En. Mohd Razif Bin Mohamed Rus
BIRO REKREASI
  1. En. Shamsul Bin Omar
  2. Pn. Norashikin Binti Abd. Razak
BIRO SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
  1. En. Nudzul Hazwan Bin Abdul Zainal
  2. En. Zamri Bin Ibrahim
  3. En. Muhammad Aizat Bin Idris
PEMERIKSA KIRA-KIRA
  1. En. Azharudin Bin Mohd. Ali
  2. Pn. Norlelawati Binti Zainal Abidin

Keahlian Kelab ini dibuka kepada semua kakitangan dan pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Kajang sahaja. Keahlian ini adalah didaftarkan secara automatik apabila pekerja menjawat jawatan di MPKj.

Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang telah menjalankan aktiviti yang melibatkan kakitangan MPKj Tujuan aktiviti dijalankan adalah merapatkan silaturrahim di antara ahli-ahli apabila sesuatu aktiviti dijalankan.

Disamping menjalankan aktiviti untuk ahli-ahli Kelab, pihak kelab juga memberi kerjasama dengan terlibat dalam program-program mesra rakyat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang yang dianjurkan oleh pihak Majlis. Selain daripada itu, pihak Kelab juga terlibat dalam menjayakan sambutan hari perayaan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

Aktiviti kelab yang dijalankan adalah berdasarkan kepada aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab di bawah pengurusan KSK MPKj. Antara aktiviti Kelab yang telah dianjurkan oleh KSK MPKj adalah seperti berikut:-

BILAKTIVITIBULAN
1 Sumbangan Kebajikan Seperti Kelahiran, Perkahwinan, Kematian, Persaraan, Kemalangan, Sumbangan Bencana, Anak Melanjutkan Pelajaran, Kecemerlangan Anak-anak Dalam Bidang Akademik Dan Kurikulum. Setiap Bulan
2 Pertandingan Bowling Double League 2019
3 Program Pendakian Bukit Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 08 Januari 2019
4 Program Jom Bermalam Di Lata Kedondong, Batang Kali 12& 13 Januari 2019
5 Program Pendakian Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor 20 Januari 2019
6 Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah Jpj Selangor 02 Mac 2019
7 Program White Water Rafting, Ulu Slim, Perak 03 Mac 2019
8 Program Pendakian Bukit Baginda, Kuala Pilah 31 Mac 2019
9 Kejohanan Dart (Bergu) ILP Kuala Lumpur 06 April 2019
10 Pemberian Bubur Lambuk Kepada Setiap Kakitangan 29 Mei 2019
11 JAmuan Hari Raya Aidilfitri, Majlis Perbandaran Kajang Pada Tahun 2019 Julai 2019
12 Program Bermotosikal Ke Pulau Pinang 04-07 Julai 2019
13 Jemputan Ujian Kemahiran Menembak Di Lapang Sasar Penjara Kajang 07 Julai 2019
14 Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan, Mpkj 14 Ogos 2019
15 Jemputan Ujian Kemahiran Menembak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Di Lapang Sasar Pulapol, Kuala Lumpur 24 Ogos 2019
16 Program Jom Bermalam Di Lata Hammer, Raub Pahang 24&25 Ogos 2019
17 Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia Tahun 2019 Anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (mala) Di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 06 – 08 September 2019
18 Program Bermalam Di Waterfall Lubuk Kawah, Tanjung Malim 29&30 September 2019
19 Majlis Makan Malam Deepavali Majlis Perbandaran Kajang Pada Tahun 2019 22 November 2019
20 Program Berkhatan Anak-anak Kakitangan,mpkj 30 November 2019
21 Kejohanan Tenpin Bowling Piala Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 2019 15 Disember 2019
22 Sesi Penyerahan Sumbangan Persekolahan Anak-anak Yatim Anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang 26 Disember 2019

Pihak Kelab sentiasa peka dengan masalah ahli kelab dan bersedia memberikan bantuan pinjaman kewangan, sumbangan kepada ahli kelab yang sakit, kemalangan, ditimpa bencana, menimang cahaya mata, berkahwin, bersara serta sumbangan kepada ahli kelab yang mempunyai anak yang cemerlang dalam pendidikan dan lain-lain.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi