Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Misi Visi dan Objektif

vision

Objektif

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan perbandaran yang efisyen, berkualiti, dan bertanggungjawab bagi memastikan kepuasan pelanggan. Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisien selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Menjadikan Kajang sebagai perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul.

vision

Visi

Bandar Berdaya Huni Komuniti Sejahtera

vision

Misi

Menyediakan Perkhidmatan Perbandaran yang Responsif, Berintegriti dan Inovatif melalui Tadbir Urus Cemerlang, Kolaborasi Strategik dan Pelibatan Komuniti untuk Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Bandar

vision

Moto

Perbandaran Harmoni Memberdaya Ekonomi Mampan

Image
Konsep Bandaraya Berdaya Huni, Memberdaya Ekonomi

Bandaraya yang memberikan ruang daya huni yang bersesuaian dengan daya huni yang bersesuaian dengan gaya hidup masa kini dan akan datang.Komuniti yang saling bantu membantu dan terlibat secara aktif dalam memupuk hubungan kejiranan yang mesra. Fungsi MPKj sebagai pemudahcara dalam memastikan Komuniti Inklusif di antara pemegang taruh di pelbagai peringkat. Penjanaan Ekonomi Hiliran sebagai pemberdaya lestari serta menyokong pembangunan persekitaran yang berdaya saing. Penyediaan infrastruktur dan pelan bersepadu dalam memastikan budaya berteraskan pengetahuan (knowledge based).

Image
Ciri-Ciri Bandaraya Pintar

Bandaraya yang mempunyai ciri pintar, berteraskan data untuk memperkasakan pembangunan serta menggunakan teknologi terkini dalam pemantauan sistem penyampaian/keberhasilan secara bersepadu. Warga kerja yang cekap dengan sokongan aplikasi mudah capai oleh semua pemegang taruh dan bersifat 'real time' dalam menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia. Penduduk yang responsive serta celik IT dan bertanggungjawab mengekalkan kejiranan pintas

Image
Ciri-Ciri Bandar Hijau

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY