| BIL | |
|---|---|
| 1 | Komitmen kami menjamin layanan mesra dan perkhidmatan yang terbaik. |
| 2 | Memastikan setiap permohonan yang dikemukakan diproses menepati tempoh yang ditentukan dengan cekap dan amanah. |
| 3 | Tegas dan adil adalah amalan kami dalam mengawal kegiatan dalam kawasan kami |
| 4 | Mewujudkan satu belanjawan yang terkawal dengan mengelakkan pembaziran tanpa mengabaikan kepentingan umum |
| 5 | Memastikan pembangunan di daerah ini indah, selesa dan makmur sejajar dengan wawasan nasional. |
| 6 | Bil cukai taksiran harta dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai |
| 7 | Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan komersial dan rumah-rumah pangsa dan 2 hari sekali di kawasan taman-taman perumahan dan pemotongan rumput-rumput dan pembersihan longkang 2 kali sebulan |
Kelulusan permohonan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh seperti berikut :
| BIL | TEMPOH | |
|---|---|---|
| 1 | Memberi ulasan permohonan kebenaran merancang | 14 Hari |
| 2 | Memperakukan pelan pra-hitungan | 10 Hari |
| 3 | Memberi ulasan permohonan kelulusan Sijil Pematuhan Siap Kerja (CCC) | 14 Hari |
| 4 | Memberi ulasan permohonan tukar syarat/ pemberimilikan tanah/ pecah sempadan/ pecah bahagian/ lesen menduduki sementara/ permit mengalih batu batuan | 14 Hari |
| 5 | Memberi kelulusan tukar kegunaan bangunan tadika/ taska/ pusat jagaan (sekiranya tiada bantahan) | 30 Hari |
**Dengan syarat pihak pemilik / pemaju / arkitek mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap serta sentiasa berhubung dengan jabatan-jabatan terknikal yang terlibat agar sentiasa mendapat penjelasan / komen dengan segera
Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh seperti berikut :
| BIL | **PIAGAM PELANGGAN | TEMPOH |
|---|---|---|
| 1 | Memastikan sijil kelayakan menduduki dikeluarkan kepada pemohon | 14 hari selepas pengesahan penerimaan Borang E |
| 2 | Permohonan kelulusan sijil kelayakan menduduki diberi ulasan kepada pemohon | 14 Hari |
| 3 | Memaklumkan permohonan kelulusan pelan tambahan rumah kediaman kepada pemohon sekiranya lengkap | 24 Jam |
**Dengan syarat memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan dan pihak pemohon menetapkan lawatan pemeriksaan bersama jabatan teknikal.
Kelulusan permohonan lesen-lesen perniagaan, permit sementara dan iklan adalah seperti berikut:
| BIL | **PIAGAM PELANGGAN | TEMPOH |
|---|---|---|
| 1 | Setiap permohonan lesen perniagaan yang lengkap akan diproses untuk kelulusan | 30 Hari |
| 2 | Mesyuarat Kelulusan Teknikal Pelesenan | 2 Kali Sebulan |
| 3 | Permohonan lesen perniagaan tidak berisiko diluluskan | 30 Minit |

