Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Perundangan

BilAkta
1 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (Akta 171)
  • Akta ini digubal bertujuan untuk memperincikan mengenai penubuhan, peranan, perjalanan dan kuasa berhubung dengan kerajaan tempatan seperti yang telah diperuntukan oleh undang-undang. Ia berfungsi sebagai akta penting bagi pembentukan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang. Ia mengawal segala urusan dan perjalanan pentadbiran Majlis, menentukan mengenai bidang kuasa dan tindakan penguatkuasaan, menggubal undang-undang kecil, menjelaskan mengenai punca-punca hasil dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia bagi menjamin dan memastikan kehidupan masyarakat setempat berada dalam keadaan yang kondusif..
2 AKTA JALAN, PARIT & BANGUNAN 1974 (Akta 133)
  • Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal aktiviti dan projek pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis terutama berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan jalan, parit dan bangunan. Penyediaan dan pembinaan jalan , parit dan bangunan serta kerja-kerja tanah perlu mematuhi piawaian kelulusan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselesaan orang ramai.
3 AKTA PERANCANGAN BANDAR & DESA 1976 (Akta 172)
  • Akta ini digubal bertujuan untuk memastikan perancangan dan projek pembangunan yang dijalankan di kawasan pentadbiran Majlis berada di dalam keadaan teratur dan tersusun mengikut zon dan kriteria yang telah ditentukan. Ini penting supaya pembangunan yang dirancang bersesuaian dengan kondisi setempat serta seiring dengan peredaran kemajuan semasa.
4 AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 (AKTA 663)
  • Akta ini digubal untuk melancarkan dan memperkemaskan hal-hal yang berkaitan urusan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama dengan sempurna. Ia memperincikan kuasa dan tanggungjawab pihak-pihak dalam mengendalikan perjalanan dan urusan bagi memastikan pengurusan dan penyenggaraan dapat dilaksana secara teratur dan berkesan.
5 AKTA HAKMILIK STRATA 1985
  • Akta ini digubal untuk memudahkan pecah bahagian bangunan kepada petak-petak dan pelupusan hakmilik-hakmilik berdaftar. Ia bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan pemegangan petak-petak dalam bangunan, pendaftaran hakmilik yang berhubungan dengan petak-petak dalam bangunan, pemindahmilikan petak-petak dalam dalam bangunan, pajakan-pajakan dan gadaian berkenaan petak-petak dalam bangunan serta hak dan kepentingan petak dalam bangunan.
6 AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
  • Akta ini digubal untuk mengawal selia penyengaraan dan pengurusan bangunan bertingkat atau tanah yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong sehingga ke peringkat selepas perbadanan pengurusan diwujudkan.

SENARAI ENAKMEN/PERATURAN/KAEDAH/PERINTAH/UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN KAJANG ENAKMEN/PERATURAN

BilNamaNo. Warta
1 Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 Enakmen 3 Tahun 1971
2 Enakmen Hiburan & Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 Enakmen No 7 Tahun 1995
3 Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan Peraturan-Peraturan Hiburan & Tempat Hiburan (Selangor) SEL.P.U 37
4 Peraturan-Peraturan Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan Dan Penyeliaan) Selangor SEL.P.U 38
5 Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 Enakmen 8 Tahun 2011
6 Enakmen Penyemakan Undang-Undang Negeri Selangor 2003 Enakmen 7 Tahun 2003
7 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2015 P.U (A) 107/2015
8 Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan)1969 P.U (A) 396/1969
BilNamaNo. Warta
1 Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MPKj) 2013 SEL.. P.U. 90
2 Undang-Undang Kecil Hotel (MPKj) 2013 SEL.. P.U. 91
3 Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MPKj) 2013 SEL.. P.U. 92
4 Undang-Undang Kecil Penternakan Burung Walid Dan Perusahaan Sarang Burung Walit (MPKj) 2013 SEL.. P.U. 158
5 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPKj) 2013 SEL.. P.U. 89
6 Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 162
7 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 156
8 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 159
9 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 153
10 Undang-Undang Kecil Krematorium (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 149
11 Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 148
12 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 161
13 Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Manakan (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 158
14 Undang- Undang Kecil Iklan (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 155
15 Undang-Undang Kecil Penjaja (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 157
16 Undang-Undang Kecil Pasar (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 152
17 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 160
18 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPKj) 2005 SEL.. P.U. 78
19 Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MPKj) 2005 SEL.. P.U. 79
20 Undang-Undang Kecil Taman (MPKj) 2005 SEL.. P.U. 82
21 Undang-Undang Vandalisme (MPKj) 2005 SEL.. P.U. 81
22 Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPKj) 2005 SEL.. P.U.80
23 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPKj) Jalan, Parit & Bangunan 2005 SEL.. P.U.77
24 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan) (MPKj) Kerajaan Tempatan 2005 SEL.. P.U.82
25 Undang-Undang Kecil Peruntukan Mengenai Lesen Bersesama (MDHL) 1992 SEL.. P.U.31
26 Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 1996 SEL.. P.U. 34
27 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 SEL.. P.U. 26
BilNamaNo. Warta
1 Perintah Tetap (Mesyuarat) (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 146
2 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta ) (MPKj) 2007 SEL.. P.U. 147
3 Perintah Pengangkutan Jalan (Pengadaan Perhentian Kenderaan Perkhidmatan Awam) (MPKj) 2001 SEL.. P.U.(A) 118
4 Kaedah-Kaedah Pekerja Kelakuan & Tatatertib (Majlis Daerah Hulu Langat) 1995 SEL.. P.U. 25
5 Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 SEL.. P.U. 36
6 Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Rayuan 2015 SEL.. P.U. 53
7 Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1999 SEL.. P.U. 35
8 Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) Selangor SEL.. P.U. 9
9 Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001 SEL.. P.U. 8
10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Fi Bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor) 2012 SEL.. P.U. 11

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi