Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program Local Agenda 21: Kursus Membuat Sabun Menggunakan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Dun Kajang MPKj Tahun 2025

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Program Local Agenda 21 Kursus Membuat Sabun Menggunakan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Dun Kajang MPKj Tahun 2025 pada 24 Mei 2025 (Sabtu) dari jam 9.00 pagi - 1.00 tengah hari di Bilik Seminar Tingkat 2, Dewan Seri Cempaka, Kajang. Seramai 40 orang peserta telah menyertai kursus tersebut dan dilihat telah memberi impak yang baik kepada peserta.

Objektif kursus tersebut adalah

  1. Memupuk kesedaran masyarakat dalam memelihara alam sekitar khususnya sumber air daripada berlakunya pencemaran minyak.
  2. Mempromosikan konsep bahan buangan kepada barang berharga atau “Waste to Wealth” yang mana komuniti boleh menjana pendapatan melalui penghasilan sabun daripada minyak masak terpakai.
  3. Mempelajari inovasi terbaharu melalui kaedah membuat sabun cecair basuh pinggan, pakaian dan cuci kereta daripada minyak masak terpakai.

Hasilnya para peserta telah memndapat ilmu pengetahuan sama ada secara teori mahupun praktikal mengenai kaedah pembuatan sabun daripada minyak masak terpakai. Selain itu, peserta juga telah dibekalkan dengan satu set kit membuat sabun untuk kegunaan sendiri dan peserta boleh mempraktikkan pembuatan sabun dari minyak masak terpakai di rumah dan secara tidak langsung peserta boleh menyumbang kepada sosio ekonomi isi rumah dan komuniti.

Kesimpulanya, diharap kursus ini dapat memberi sumbangan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi inisiatif SDG-9 industri, inovasi dan infrastruktur, SDG-11 bandar dan komuniti mampan, SDG-12 penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab, SDG-13 tindakan berkenaan iklim dan SDG-17 kerjasama demi mencapai matlamat.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015