JOHOR BAHRU – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menerima tempat ketiga bagi Anugerah Inisiatif Bandar Pintar Terbaik (Kategori Terbuka – Sektor Awam) menrusi Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar atau Smart Road Asset Management System (SRAMS) pada 23 September 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Majlis Makan Malam Penghargaan Perancangan Bandar dan Bandar Pintar 2025 dan penyampaian anugerah dihadiri oleh Tuan TPr. Haji Reduan bin Idris mewakili Yang Dipertua MPKj bersama-sama para pegawai bagi projek SRAMS yang dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan MPKj.
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang





