Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Select your language

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Tahun 2025

Tarikh: 30 - 31 Oktober 2025

Tempat: Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Juruaudit SIRIM telah hadir ke Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 30 dan 31 Oktober 2025 (Khamis - Jumaat) bagi tujuan melaksanakan Audit Pemantauan Pertama Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2022.

Hasil pengauditan merekodkan satu ketidakakuran/ketidakpatuhan (nonconformity) dan empat peluang penambahbaikan (opportunity for improvement) bagi ISO/IEC 27001:2022 serta dua peluang penambahbaikan bagi MS ISO 9001:2015.

Sesi audit telah dilaksanakan oleh Puan Nur Nadia binti Muhamad, Ketua Audit Keseluruhan serta standard ISO/IEC 27001:2022 dan Encik Teo Kah Chin, Ketua Audit MS ISO 9001:2015 bersama-sama Encik Wan Khairul bin Wan Ali, Puan Rohazlin bin Md Yassin serta Puan Haniza binti Md Hussin.

YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj telah merasmikan penutupan audit ISO pada Jumaat manakala pembukaan pada hari Khamis oleh Puan Zalinda binti Zainudin, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPKj.

  1.  

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY