Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan 2025

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan pada 23 November 2025 (Ahad) bertempat di Taman Tasik Cempaka bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dan Hari OKU Sedunia tahun 2025. Program ini juga dilaksanakan bersama Program MPKj Half Marathon 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, MPKj.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaan agenda pembangunan bandar rendah karbon dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti senamrobik, larian ria, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran berkaitan OKU dan anak-anak istimewa, zon kanak-kanak serta pertandingan seperti mewarna, pakaian kerjaya impian kanak-kanak OKU, teka bilangan dan menang serta kios foto dan sukan mini.

Hadir sama Puan Zalinda binti Zainudin, Penolong Setiausaha MPKj, TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Selangor, Ir. Ahmad Fauzan bin Mohd Sabri, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Hulu Langat, Puan Koh Mei Ching, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Wan Fadhlina binti Wan Hussin, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, para pengarah jabatan, pegawai dan kakitangan MPKj.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY