Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (Organisational Anti-Corruption Plan [OACP]) Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2022

Tarikh : 15 – 16 Jun 2022 (Rabu – Khamis)
Tempat : Hotel Palm Garden, Putrajaya
Penceramah : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Selangor

gambar 2 0 min gambar 3 0

 

Pelan Anti Rasuah Organisasi merupakan dokumen dasar antirasuah diperingkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.

Diantara objektif pelaksanaan OACP ini adalah untuk:-

  1. Menyediakan halatuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang berstruktur dan jelas;
  2. Mewujudkan sinergi antara pelbagai agensi dalam memaksimakan penggunaan pelbagai sumber dan idea dalam tindakan pemantapan integriti, tadbir urus dan antirasuah;
  3. Meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam proses pentadbiran kerajaan sekaligus mengurangkan amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa; dan
  4. Meningkatkan imej MPKj sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang bebas rasuah dan berintegriti

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015