Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Karnival Kepenggunaan Majlis Perbandaran Kajang

karnival pengguna 2

KAJANG - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir seterusnya merasmikan Karnival Kepenggunaan MPKj yang diadakan pada 7 Disember 2024 di Tapak Pasar Tani Desa Jenaris, Kajang. Kemudian, Tuan Yang Dipertua (YDP) MPKj menyampaikan bantuan berupa sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan.

Seterusnya YDP MPKj diiringi oleh Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj, Tuan Ir Rusman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPKj MPP Zon 12, para pengarah dan pegawai MPKj melawat ke reruai pelbagai agensi yang mengambil bahagian dalam karnival ini.

Karnival ini diadakan bertujuan memberi kesedaran tentang hak-hak pengguna, kempen anti pencatutan, bebas beg plastik serta pendedahan kepada program-program bermanfaat yang disediakan untuk pengguna dan peniaga oleh Platform Selangor (PLATS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Daerah Hulu Langat, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Kolej Komuniti Hulu Langat, Maybank, Apa Attitude Planet Art, Nur Lembah Pangsun Sdn Bhd, Kasih Hulu Langat Enterprise (Kelulut Kasih) dan lain-lain.

Selain itu, turut dijalankan pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz pengguna dan jualan hasil tani serta produk tempatan. Diharapkan para pengguna sentiasa peka dan mengambil tahu peranan dan hak sebagai pengguna dan disarankan membeli barangan menggunakan beg kitar semula.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi