Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Kunjungan ESRI Malaysia Sempena Penilaian Pertandingan Anugerah GeoInnovation 2026

KAJANG, 4 NOVEMBER 2026 – Pasukan GeoFORCE, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menerima kunjungan daripada pihak ESRI Malaysia untuk sesi penilaian penyertaan MPKj dalam pertandingan Anugerah GeoInnovation 2026.

Sesi Penilaian ini dihadiri oleh barisan Pasukan GeoFORCE, MPKj serta Dynamic Link Solution Sdn Bhd selaku pasukan projek hybrid. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Muhammad Zahid bin Norizan, Pegawai Teknologi Maklumat serta diikuti pembentangan projek oleh Puan Zetyafzan Rais binti Mohamad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dengan sokongan Pasukan Projek GeoFORCE MPKj.

Dalam sesi tersebut, pasukan penilai daripada ESRI Malaysia yang diketuai oleh Puan Joanne Loh, Head of Customer Success turut menilai pelaksanaan projek dari aspek pembangunan dan pengintegrasian data dashboard GeoSTaMS (Smart Tax Monitoring System) dan 3D Strata MPKj.

Sesi penilaian berlangsung dengan jayanya dan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak penilai ESRI Malaysia yang merasakan MPKj mampu ke arah Bandar Pintar serta memperkasakan inovasi digital, teknologi Pemetaan dan ke arah “Digital Twin”.

#GeoInnovationAwards#ESRIMalaysia#GeoFORCE#GeoMPKj#DigitalTwin#BandarBerdayaHuniKomunitiSejahtera

Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

PBTPAY