BANDAR BARU BANGI - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir bersama Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj ke Kursus Pemahaman Kaedah Perolehan MPKj pada 4 Disember 2024 di Hotel Bangi Resort.
Encik Sameri bin Abdullah, Ketua Seksyen Prestasi, Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi Taklimat Berkaitan Perolehan Kerajaan - Isu dan Masalah.
Puan Nur Syahirah binti Sarwan, Penolong Pegawai Kewangan Negeri (P), Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Perbendaharaan Negeri Selangor menyampaikan Taklimat Berkaitan Kaedah-kaedah Perolehan Kerajaan - Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan, Kecemasan dan Pengecualian Daripada Tatacara Perolehan Kerajaan.
Semua pengarah, ketua bahagian dan unit serta pegawai MPKj turut hadir dalam kursus yang bertujuan memberi pengetahuan lebih jelas tentang perolehan kerajaan mengikut kaedah yang betul dan tepat.