Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Mesyuarat Mendengar Bantahan Cukai Taksiran Bil. 1/2025 Majlis Perbandaran Kajang

TARIKH : 6/2/2024 (Khamis)
WAKTU : 9.00 AM - 10.30 AM 
LOKASI : Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 1, Tingkat 7a Menara MPKj 
KAEDAH MESYUARAT: Secara Bersemuka Dan Secara Dalam Talian
ULASAN/LAPORAN:
  • Mesyuarat Dipengerusi oleh Tuan Nazli Bin Md Taib (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang)
  • Taklimat oleh Sr Mohamad Andrei Tan Bin Bibit (Pengarah JPN, MPKj)
  • Kehadiran Ahli Majlis: 
      1. Encik Tan Tee Guan
      2. Puan Lim Kim Eng
      3. Encik Chandran A/L Ramasamy
      4.  Encik Edwin Tang Wei Yong
  • Kehadiran ahli mesyuarat adalah seramai 25 orang termasuk urusetia serta wakil jabatan dalaman.
  • Kehadiran pembantah secara bersemuka adalah seramai 9 orang dan secara dalam talian seramai 61 orang.
  • Terdapat 16 orang pembantah yang bersuara secara besemuka dan dalam talian mewakili 14 kawasan. Antara isu yang dikemukakan adalah:

    1. Memohon menyemak semua nilaian kerana terdapat nilaian yang tinggi.
    2. Kali pertama dikenakan cukai taksiran dan terasa membebankan.
    3. Bebanan bagi skim strata kerana membayar yuran penyelenggaraan dan juga cukai taksiran.
  • Mesyuarat selesai sektiar jam 10.30 pagi.
  • Secara keseluruhannya, alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan tenang, lancar dan terkawal. Terima kasih juga kepada semua wakil jabatan yg hadir. 

 

 

 

Jabatan Penilaian
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi