Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Lawatan Ke Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) pada 16 April 2025 bagi menimba ilmu pengetahuan berkaitan Permohonan Pelan-Pelan Pembangunan ‘Fast Track’ Kebenaran Merancang dan Penyediaan Pelan Induk Kawasan Industri Yang Tidak Terancang yang telah dilaksanakan oleh MBDK.

Delegasi MPKj yang diketuai oleh Tuan TPr. Haji Reduan bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj bersama para pegawai MPKj telah disambut oleh Puan TPr. Hajah Yusrina binti Mohamad Yusof, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MBDK yang turut menyampaikan taklimat dan tunjuk ajar mengenai proses permohonan pelan kebenaran merancang 'fast track' dan penyediaan pelan induk kawasan industri.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada MPKj dalam memproses kebenaran merancang secara segera dan dapat menyediakan pelan induk kawasan perindustrian yang lebih teratur di kawasan pentadbiran MPKj.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015