Tarikh: 22 Oktober 2025
Tempat: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)
Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sugureta MPKJ telah mengadakan lawatan dan perkongsian ilmu ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah(JKNS) pada 22 Oktober 2025.
Kunjungan kami telah disambut oleh Dr. Marilyn Montini Maluda,Pakar Perubatan Kesihatan Awam,Sektor Bawaan Penyakit Vektor dan beberapa pegawai dari jabatan yang berkaitan.
Pihak JKNS telah menerangkan berkaitan inovasi yang diketengahkan iaitu "Dashboard Denggi" dimana ianya memberi pandangan positif yang boleh diterapkan dalam pengemaskinian data kes demam denggi.
Pihak MPKJ juga berkongsi berkaitan produk inovasi iaitu BIMOBET yang mana juga memberi input kepada JKNS dalam menangani kes demam denggi di kawasan mereka. Lawatan dan perkongsian ini sangat memberi pendedahan yang baik kepada kedua-dua pihak dalam memastikan kes demam denggi yang dilaporkan dapat ditatauruskan dengan lebih efisien
Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Kajang





