Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Lawatan Penandaarasan Ke Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 16 April 2025 bagi mendapatkan maklumat dan menimba ilmu serta pengalaman berkaitan pelaksanaan Program Hari Tanpa Kenderaan Secara Berkala (Bulanan).

Delegasi MPKj yang diketuai oleh Tuan Haji Reduan bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj bersama para pegawai MPKj telah disambut oleh Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA yang turut menyampaikan taklimat dan tunjuk ajar mengenai pelaksanaan Program Hari Tanpa Kenderaan MBSA.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada MPKj dalam usaha membudayakan inisiatif rendah karbon dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk di kawasan pentadbiran MPKj.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015