Tarikh: 19 Jun 2025
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Cempaka Lounge, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kajang
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menerima lawatan penandaarasan daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 19 Jun 2025 berkaitan tatacara perekodan dan pengurusan fail terperingkat mengikut piawaian Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nur Asmalaila binti Amlan, Ketua Unit Integriti dan Transparensi MPKj kepada delegasi MBDK yang diketuai Puan Siti Samiha binti Samion, Ketua Unit Integriti MBDK. Seterusnya sesi soal jawab dan perkongsian contoh yang turut dihadiri oleh para pegawai MBDK serta MPKj.
MPKj amat menghargai kehadiran delegasi MBDK dan kesudian mengadakan lawatan penanda aras di MPKj. Semoga lawatan ini dapat mempertingkat tahap integriti dan ketelusan pelaksanaan dokumen terperingkat oleh pihak berkuasa tempatan.
Unit Integriti dan Transparensi
Majlis Perbandaran Kajang