Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024

26 Feb 2025 - Majlis Perbandaran Kajang telah menerima Anugerah Pengiktirafan Berlian (Diamond) Bandar Rendah Karbon 2024 bagi kawasan Pusat Bandar, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi yang bertempat di Hotel Sofitel KL Damansara yang telah disampaikan kepada YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Anugerah disampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang turut dihadiri oleh TPr. Haji Reduan bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan (JPP) MPKj.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha NRES, YBrs. Encik Saiful Adib bin Abdul Munaff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Puan Nurshazwani binti Mohamad Osman, Penolong Pengarah JPP MPKj.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah pada majlis ini. Semoga usaha ke arah bandar rendah karbon menjadikan Malaysia negara yang lebih sihat dan tiada pencemaran.

Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi