KAJANG - Pada 10 Disember 2024 telah diadakan Majlis Konvokesyen Taska Dunia Intelek MPKj Tahun 2024 di Teater Mini, Menara MPKj yang bertujuan meraikan anak-anak berusia empat tahun yang akan meneruskan pelajaran di tempat lain.
Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj menyampaikan sijil penghargaan kepada lapan orang pelajar empat tahun pada sambutan kali ini.
Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti persembahan peragaan dan persembahan tarian diiringi lagu-lagu tradisional Melayu dan diakhiri dengan lagu Terima Kasih Cikgu.
Majlis dihadiri oleh para ibu bapa, guru-guru dan pegawai serta kakitangan MPKj yang terlibat. Program seperti ini diharap dapat menjadi kenangan indah dalam ingatan anak-anak Taska MPKj.