BANDAR BARU BANGI - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjayakan Majlis Pecah Tanah Kerja-kerja Membina Padang Bola Sintetik Di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada 13 Januari 2025.
Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Tuan LAr. Norazman bin Abd. Rahim, Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi MPKj, Encik Ong Seng Peng, Ahli Majlis MPKj Zon 15 serta Encik Farhan Haziq bin Mohamed, Ahli Majlis MPKj Zon 17 turut hadir bersama para pengarah dan ketua-ketua unit dalam majlis ini.
Majlis dimulakan dengan taklimat oleh perunding arkitek landskap seterusnya upacara pecah tanah oleh Tuan Yang Dipertua MPKj. Projek padang bola sintetik ini dijangka siap pada 21 Mei 2025.